Tuesday, October 6, 2015

AKU LANGSUNG TAK MENYESAL :)


Assalamualaikum dan selamat petang. Hm, memandangkan assignment hanya tinggal subjek kemahiran belajar, jadi, diri ini rasa terpanggil untuk tulis blog ni. Rasa macam dah lama tak tulis. Sedih pulak bila fikir, diary aku dah lama aku tinggalkan. Sejak aku kenal blog, aku dah tak layan buku diary aku yang aku tulis sejak form 2 dulu. (huwaaaa :'() haha. Pikah ni bukannya apa. Terfikir jugak apa la perasaan buku diari tu tentang aku. Bila dah jumpa platform yang baru untuk menulis, lupa dia yang dah lama bersama. Hampir 5 tahun kot. Kalah aku kawan dengan dia. haha. Setia sungguh pikah dengan buku diari tu. Tengok-tengok sejak ada blog ni, hmm, lupa terus dah pada buku diari yang dah lama berkhidmat tu. Tapi apapun aku nak buktikan pada buku diari tu yang aku seorang tuan yang setia. Hope buku tu faham. 

Next, terus kepada tajuk. Banyak pula aku merepek.
.
.
.

Actually, nak cerita pasal kesedihan yang membendung diri ini. Tak la sedih sangat, cuma agak sedih kalau fikir negatif TAPI diri ini rasa semangat dan bersyukur pada Allah bila positif.Yes, positif!Itu yang kita mahu,kan? sapa tak mau positif kan? So, set semuanya positif.Yakin dan terus yakin.Ceritanya begini,sejak aku berada di IPDA ni, aku banyak sedar yang aku banyak kekurangan nak berbanding dengan adik2 yang umur 18, dan aku nampak mereka sangat bijak buat assignment, cara mereka bertindak terhadap sesuatu arahan, overall i can give them 80% to all my classmates. Even depa baru 18, nampak depa sangat bijak mengatur kerja2 yang lecturer bagi, Bagus adik2! muah ciked.hehe. Memang patutlah depa dapat first intake dan aku sec intake. huhu.humblenya rasa diri ini.Seriously aku cakap certain2 budak kelas aku ni, ilmunya banyak sangat berbanding dengan aku ni. Dan alhamdulillah Allah hadirkan mereka dalam hidup aku. Even depa gila2, tak matang n so on, tapi bila time serius depa serius, Jadi! jangan kata kat depa nah. Aku sayang kat depa. Haa, keluaq dah kedah. malas nak formal2.. Jadinya, aku tak menyesal lah keluar UIA sebab bila aku duduk dengan kawan-kawan umur 18 kat sini pun aku masih kurang ilmu, tak rugi pun aku ulang balik asasi. Yang penting sekarang, ILMU. selagi ada ilmu yang ingin dicurahkan, tadah pikah nah,tadah jangan tak tadah. haha. BUT, jangan hanya tunggu ja ilmu tu mai, cari la jugak, ok? One more, yes aku ex-UIA, tapi aku bukan hebat pun. tolong jgn expect aku hebat sebab aku tak mau sebab aku seorang, nama UIA tercalar. 

Baiklah, seterusnya nak nasihat sikit. Actually, ramai kawan-kawan yang mengadu pasal orang ini itu dan ini. Hahaha,pikah mengarut. Faham kan? haa, mengadu. Sebagai seorang kakak, ok kami dengaq jala. Takkan nak salahkan hampa? Selalunya orang kalau mai mengadu kat kita, dia pasti nak orang bela atau tenangkan dia. Yes, faham. kami pun mcm tu. Tapi, percayalah kawan-kawan, tak semua orang sempurna. Hidup kat dunia ni tak semua orang akan sukakan kita. Kami yang dok tulis ni pun, surely ramai yang tak suka. Tapi ingat, selagi kita boleh berkelakuan baik, menyenangkan hati orang, mampu bersabar, mampu minta maaf, lakukanlah. Act positif, In sha Allah semuanya yang positif akan berbalik pada kamu. Yakin pada Allah nah? Ketahuilah dalam persahabatan, pasti ada mendung dan hujan. Dan adik-adik perlu yakin, selepas pada itu, pelangi akan hadir. Sungguh kami tak tipu. Banyak dah pengalaman yang kami lalui. Jangan ajar diri kita benci orang. Buang benda-benda negatif tu. Reset minda, sucikan jiwa. (cewwwah..haha) Daripada kita ceritakan ketidakpuasan hati kita pada manusia, lagi baik kita cerita dekat Allah, yes betul cerita kat kawan-kawan dapat kurangkan tekanan dan kesedihan dalam jiwa tu. But, dosa kan? tahukan? tapi still buat. Jom berubah sama-sama :)

Macam tak da motif pulak nak tulis apa, sapa yang faham tu, alhamdulillah..

Last but not least, memandangkan ramai yang dah tau kami ada kawan kat sini. Kami minta tolong sangat-sangat, tak payah la sebut-sebut nama dia. Perli-perli kami ka apa-apa jala bila terserempak dengan dia.Rasa nak menangis sangat bila diperlakukan begitu. Sebenarnya kami tak bangga pun kawan dengan dia, sebab kami bukannya ada ikatan yang sah lagi. Kami sedar hubungan kami ni salah , tapi kami tahu apa kami buat sebab kami yang lalui.. Sungguh, kami tak minta dia hadir. Sapa yang pernah terjebak dengan perkara ini pun, kami faham dan kami tak salahkan depa. UAI pernah kata, Cinta itu tak salah, yang salahnya adalah cara kita mengalirkan cinta itu.. lebih kurang mcm tula ayat dia..tak ingat dah..hmm,,kami pernah cuba berpisah , tapi hanya 5 bulan saja kami mampu, dan in sha Allah sekarang ni kami sedang berusaha ke arah yang lebih di Redhai ILAHI..Mohon doa dari kalian semua :'( Terima kasih..


Stop talking about us, better we focus on our study. Sungguh kami datang IPDA sebab kami nak tunaikan impian family dan memang minat nak jadi cikgu. Jadi, lets focus on priority one!


Sahabat 5 tahun ..In sha Allah..
Beware !


Pikah rasa post pikah setakat ni ja. esok p IPGPP.. Till then, assalam :)