Thursday, September 17, 2015

Sentapkan kami !

Laki jgn trlalu lmbut dgan pmpuan. Tolongla tegas ngn pmpuan. Pmpuan takat mana sngt bleh tegas. Pmpuan ni hatinya lmbut, walau luaran nmpk ksaq. Dsbbkan hati lmbut tulah mnybbkan trzahir oleh prbuatan. Jadi wahai kaum Adam, tlong kasar sdkit dgan kaum Hawa bukan mahram ni. Kalau nampak aurat dia, tegurlah. Aku yakin, pmpuan akan makan dalam bila laki tegur. Kalau pmpuan tegur dia kkdg xrasa apa2 pun. Tmbah2 kalau pmpuan yg jnis ego tnggi. Tapi kalau laki tegur, aku jamin dia akan ubah walau skit , tupun kalau dia masih ada 'malu' dlm diri. Contoh masalah aurat Yg bleh tegur, nampak lengan sbb x pakai sockhand,  betis sbb x pakai stokin atau stokin pndek Dan.. Apa2 ja Yg bila kamu rasa ptt dtegur....haa. Tegur jaa. Kalau aku pamerkan pun silakan tegur.. OK syukran!

Haa, BTW dlu dekat SMKAS, aku ada sorang senior laki ni. Dia tersangatlah tegas. Kami lalu tepi dia ..tiba2 dia jerkah 'tangan tu' kami smua tergamam. Tengok2 Kawan aku selak baju T-shirt dia, sbb nmpak lengan, ..lepas pada tu, Kawan aku beware ja..takot trsrmpak dgan senior tu. Bagi aku biarlah mula2 kita ttup sbb manusia. At least kita latih diri kita ttup aurat baik2. Lama klamaan, bila aurat tu trbuka, kita akan rasa tak selesa dgan sendirinya. Dan itu tandanya,kamu sudah ikhlas menutup aurat kerana Allah. Ustazah Nazrah selalu cakap, ikhlas ni kita kena latih, in sha Allah lama kelamaan ikhlas akan hadir dengan latihan yang tidak henti(istiqamah) Yakinlah :)

As conclusion, LELAKI TOLONG TEGUR PEREMPUAN BUKAN MAHRAM YANG BUKA AURAT DIDEPAN KAMU. BUKTIKAN KAMU BENCI MELIHAT AURAT MEREKA.
FAHAM????

moga diri kita tidak tergolong dalam kalangan anak2 yang menjadi penghalang ibu bapa utk ke syurga :')



#sebarang teguran silakan komen. Saya akan terima dengan hati yang terbuka. Post di atas hanyalah mngikut pndapat, pnglman Dan ilmu yang pernah diplajari sebelum ini. :) syukran..



Tuesday, September 15, 2015

My ex-classmates sem1 15/16 :'(
Kalau aku masih stay dekat UIA mesti aku ada dalam gambaq tu. Depa dah nak masuk gombak sambung degree. Depa dah nak habis sem 1 tahun 2. Sedihnyaa. Rindu nak belajaq dengan depa :'( rindu lecturers kat sana. Rindu kenangan yang dibina disana. Rindu sahabat2.. Adik2 junior yang baru kenai 3 minggu lebih. Rindu subcom sport .. Rindu semua ..

Duhau hati,
Bersabarlah,
Redhalah,
Pejam mata,
Pandang sahabat sekeliling
yang masih ada,
Hargailah,
Fitrahnya...
Bila dah tiada depan mata,
Akan ada rasa,
Yang akan buat kau hargai mereka
Semahunya..

:) till then, salam

Friday, September 11, 2015

MY DESTINATION SOON , IF GOD WILLS

Assalamualaikum.. okay..seperti yang dijanjikan nak tulis pasal ??? jengjeng.. 
My Future destination..
.
,
.  
 UIA GOMBAK

       okay..macam ni ceritanya..selepas frust tak dapat ipg tu.. aku balik cfs utk meneruskan perjuangan aku ke sem satu tahun dua..senang kata sem 4 lah.. sem yang terakhir aku kat cfs iium.. Then, disebabkan tak balik,,awal sem kan.. tak sibuk..jadi, aku cadang untuk ke UIA GOMBAK memandangkan hati aku terkinja-kinja nak pergi kesana.. dan tujuan utamanya sebab nak p ambik buku statistik dekat Raihan Aina,, Haa.. raihan aina ni aku kenal dekat ipda waktu ukcg 2014 dulu..jadi rapat dengan dia sebab abg senior kat situ sruh buang stokin nak buat sit up.. dan kami pun teragak-agak,, (apa ni..aurat la..huu) then, kami dua bertekad utk xbuang..huh..alhamdulillah abg senior tu tak tegur pun kami tak buang stokin..paham2 sendiri lah, aurat kan.depa sruh buang tu pun takot licin.. Tapi steady ja xlicin pun..hehe..Raihan ni segak sangat..suka tengok dia..cantik!!! hehe.. suka tengok dia..natural beauty.. ok melalut dah..

Back to the topic, aku kesana sorang-sorang jumaat petang tu sebab kawan-kawan yg lain ada kerja masing2..aku beranikan jugak diri ini walaupun aku ni seorang yg sangat penakot..haha..lepas naik bas rapid KL then LRT U ke Gombak dannn sampai. kemudian aku tlefon raihan tya dia punya mahallah dekat mana.. agak jauh mahallah dia berbanding dengan mahallah sppu aku.. sebab dia asasi lagi.. asasi econs..maybe sebab tula jauh.. taktau2..teka ja..(hihi)  tapikan..sebelum masuk pintu pagaq, guard cek kad matrik :'( ketaq sangat. taktau kenapa.. makcik tu tgok aku then dia p kat pnumpang lain atas bas tu..padahal student lain dia mintak kad matrik..Alhamdulillah terlepas..aku ni suka pakai kad matrik..boleh pulak waktu perlu aku xbawak .haih, pikah2

Sampai ja kat uia gombak, raihan kata nak kluaq p beli brg sbb penyapu, tong sampah n so on x beli lagi.maklumla awal sem.. aku ja p beli siap2 kat umah bawak p uia..haha..tapi aku ikut ja depa sbb aku ni suka berjalan... letih aku tak kisah yg penting pngalaman.. haha.. ambik teksi pulak..shopping2 mana yg patut,,then beli kfc.. seriously murah kedai tu.. mcm kedai brong la..suka2.. and aku rasa itu merupakan pnglaman las aku jalan2 kat situ..5 tahun  kat ipda ni..mana mungkin aku kesana dngan mudah..In sha Allah one day..

Balik pulak dekat maghrib jgak, tiba2 pak guard tahan lagi,,mintak matric card semua sekali yg dalam teksi..smpai kat aku, aku sngih jaa.. 
"maaf, saya lupa bawak."
lpas tu pak guard tu cakap, 
"takpa, len kali bawak"
huhu..kawan-kawan semua pelik..sebelum ni kata depa pak guard akan beletiaq dekat stengah jam dlu baru lpas bbdk takda kad matrik ni.. sungguh, aku bersyukur...Terima kasih TUHAN :) 

Malam tu mandi,smyg smuaa. haa, lupa nak hbaq..blik aiq dia lawa, blik pun lawa..blik dok 4 orang sblik..tapi pisah2 mcm dok individu tu..halang ngn tirai...bes laa..suka2...(aku semua suka) ...sembang2..makan2.. then smyg isya'..tdoq.. esok pagi.. Raihan teman aku..aku nak sngt jalan2 kat uia gombak tu..trpksa dia layan karaneh aku..muehehe..ksian dia..balik tu dia sakit kepala..kalau tak lpas dia tman aku jalan2 dia nak kluaq jalan mana tah..tapii x jadi sbb dia nak rehat kat blik.. rasa bersalah sngt kat dy,,tapi dy snyum ja bila aku mnta maaf..mantain comey..kihkih...Aku jalan tgok klas..bngnn ARTS.. smua la,,bnak sngt..library..haa, library ttup sabtu tu,,sedih laa,, xdak rzki lagi nak masuk library uia..aku akan cuba jgak p..tak kira..huh!

Habis jalan2 keliling UIA takat mana larat, dan aku pun balik bersama buku statistik raihan yg tebal tu,, dan skrg buku raihan ada dgan hawa..dan mnjadi tggjwab aku utk pulangkan pd raihan sbb degree nanti raihan perlukan buku tu..takpa, nanti pikah p raihan nahh..in sha Allah..

OKay..nak cerita tuja..tak menarik pun..fokus utama..nak share ngn hampa gambaq2 yg sempat aku ambik... tekois semuanya,,, :D cantik.. tengoklah! 


















Harapan aku, moga tempat ni menjadi destinasi utk aku smbg belajaq slpas IPDA..doakan aku kuat! kita sama2 kuat! pasti ramai kat luar sana yang ada cita-cita sperti aku, mungkin juga disini atau ditmpat yang lbh baik. Jom sama-sama usaha !! Kita sama-sama doa ..k salam 


Thursday, September 10, 2015

Tasik Darul Aman ( Merdeka Run)
By:Mariah
Indahnya Bersahabat Kerana Allah

Actually, tajuk ni tak masuk pun dengan tajuk aku tulis kat atas tu. Tapi aku harap sangat aku akan sentiasa bersama-sama dengan sahabat yang tujuannya adalah SATU iaitu mencapai keredhaan Ilahi atau kata senangnya kerana Allah :) . sebenarnya sekarang aku ada masalah kawan !!! (hwaaa.nak teriak lagi). Tak tau nak cerita macam mana, lagipon x elok cerita. Cuma jujur aku tak sebahagia dulu. Even hari-hari aku tersenyum tapi hakikatnya aku tak happy pun, aku rindu. Rindu dengan sahabat yang benar-benar sahabat. 

Biasalah hidup ini kalau namanya sahabat, bohonglah kalau tak pernah gaduh kan. Jujur even aku dah penah lalui peritnya nak kenal persahabatan yang sebenar, Namun, aku masih tak kuat hadapi masalah pasal kawan ni. Aku letih, penat, lelah, semua lah :'( tak tau nak cakap macam mana. Hanya Allah yang faham segalanya. hmmm, aku harap dia jadi macam dulu. Macam mula-mula aku kenal dia dulu. Aku tak suka dengan keadaan dia sekarang. Entah kenapa, aku tak selesa dengan dia sekarang. MUNGKIN salah aku sebab terlalu mengharap yang sempurna even aku sendiri pun tak sempurna. (muhasabah..)

Ustaz Ustazah selalu pesan "Jika kita tunai hak Allah, Allah tunai hak kita." Allah Maha Adil.. Jadi,Jangan sedih-sedih. Langut kepala say "Alhamdulillah." Remember that Allah is the best planner and Allah knows better. Okay, till then . Salam. 

Ingatkan pikah !
-nak tlis pasal memasak (ikhtiar hidup) tadi
-pasal UIA GOMBAK

Wednesday, September 9, 2015

KETENTUAN ILAHI


Assalamualaikum..selamat pagi.. sekarang kelas En.Jusni..Thats why la rajin nak tulis..compulsory to write anything .muehehe..masih tak matang pikah ni..ish2..hmm, sebab kan.. nanti kena masukkan dalam Schoolgy..carry mark la jugak...Jadi, sekarang nak cerita sikit pasal perasaan ini apabila diri ini dipermainkan (cece..hahaha).

Sebenaqnya macam ni, tahun ini pikah apply IPG sebab kakjah suruh..Kakjah ni kiranya kak yang paling aku rapat la..Panjang kalau aku nak cerita pasal dia..Terlalu banyak jasa dia terhadap aku..Kena buat entry khas untuk kakjah..hehe. Okay berbalik pasal IPG, aku apply kos Bahasa Arab..Alhamdulillah aku dapat temduga UKCG , lepas tu IVpulak,,Kedua-duanya dekat IPDA..Seriously aku rasa aku dah perform yang terbaik masa UKCG dan IV tu tapi malangnya waktu keputusan IPG keluar iaitu pada tarikh 29 Mei 2015, aku tak dapat :'( .Aku macam x percaya ja.Tapi bila fikir balik, mungkin UIA terbaik untuk aku, Aku menangis semahunya sebab aku berharap dekat IPG ni.

Waktu tu, minggu depannya aku kena daftar UIA untuk sem 1 tahun kedua iaitu sem terakhir aku di asasi UIA. Commony we called CFS IIUM. Okay sedih balik..haha..Merapu pikah..ayoyo,,Seriously aku cakap lepas aku tak dapat IPG tu aku cakap kat diri aku yang aku benci IPG. Aku rasa mcm truk sangat IPG menolak aku, Dua kali aku mintak IPG ni even aku sayang sangat UIA. Aku mintak IPG pun sebab kak ngn mak aku nak sangat aku masuk IPG sebabnya degree tak kena ptptn, dapat biasiswa penuh.

Hmm, malangnya tak dapat. Aku dah tutup hatiku buat IPG. Kawan-kawan aku semua yang tak dapat nak lagi minta next year. Aku memang dah tawar hati.Seriously aku cakap, TAPI, sungguh indah ketentuan ILAHI apabila pada HARI LAHIR AKU 30 JUN 2015, Hadiah paling aku tak boleh nak lupa... :'( antara sedih dan gembira, aku keliru. Aku nak sedih atau nak happy masa tu. Aku dapat IPG. Ni lah benda yang buat aku sesak nafas bila tengok, Dapat dekat IPDA,Jitra. MasyaAllah sungguh aku tak sangka. Dekat sangat dengan rumah. Berdebar sangat hati aku tengok IPDA tu, sebab dia disitu. Aku bingung saat itu, Takot jugak orang kata aku ikut dia, Hati aku menjerit " Kenapa perlu IPDA!!! banyak lagi IPG lain"

Sebenarnya aku takmau IPG dengan dia sebab aku akan rasa tak bebas even hakikatnya aku perlu bahagia. Dulu waktu dia pindah dari UIA pada 20/6/2014 aku sedih sangat. Rasa kecewa sangat ditinggalkan, Sekarang Allah dah bagi duduk satu IPG, aku pulak rasa takmau. Tapi lepas istikharah semua, aku putuskan untuk pindah. Aku daftar IPG pada 6/7 , tarikh yang sangat cantik, sebab aku daftar sem satu pada 7/6.. Sungguh aku katakan yang perancangan Allah itu sangat cantik.Hampir 2 bulan dah aku kat IPDA.

Alhamdulillah aku bahagia disini..hm, Sepanjang setahun sebulan kat CFS IIUM tu, banyak benda aku belajaq.. Macam2 pengalaman aku lalui. Dan kini aku bertekad InSyaAllah, jika diberi kkuatan aku nak smbg master kat UIA. U idaman aku sejak dulu lagi.. Dan sekarang aku harap aku boleh fokus kt sini.. aku tak mau pandang belakang lagi dah..Aku rasa entry aku setakat ini sahaja,,lepas ni aku nak share pemandangan kat UIA Gombak. Cantik sangat. :) Rindu..
Result :'(

Tuesday, September 8, 2015

Sport And Recreation CFS IIUM 15/16

Assalamualaikum.. sungguh aku rindu keluarga ni..Malam tu merupakan malam pertama dan terakhir bersama mereka. Meeting yang pertama jugak untuk subcom SNR..Banyak program yang aku rancang demgan ammar malam sebelum tu.. Aku tak sangka kini aku tiada lagi disana,, Tapi alhamduillah aku bersyukur sangat sebab program yang aku rancang, dah separuh dilaksanakan.. Amanah aku untuk mereka suapaya laksanakan timeline yang telah dilaksanakan..Aku tak tahu sebenarnya nak tulis apa.. sebab first time buat :( haha..nak tergelak dekat diri sendiri.. Nak sedih tapi tak jadi sebab pagi ni mood happy.. mana boleh sedih-sedih..hehe..Encik Jusni suruh buat blog..macam bes.. tapi tak pandai lagi ni.. in sha Allah one day..kuikui..
Malam terakhir bersama family SNR dekat CFS IIUM :')