KETENTUAN ILAHI
Assalamualaikum..selamat pagi.. sekarang kelas En.Jusni..Thats why la rajin nak tulis..compulsory to write anything .muehehe..masih tak matang pikah ni..ish2..hmm, sebab kan.. nanti kena masukkan dalam Schoolgy..carry mark la jugak...Jadi, sekarang nak cerita sikit pasal perasaan ini apabila diri ini dipermainkan (cece..hahaha).
Sebenaqnya macam ni, tahun ini pikah apply IPG sebab kakjah suruh..Kakjah ni kiranya kak yang paling aku rapat la..Panjang kalau aku nak cerita pasal dia..Terlalu banyak jasa dia terhadap aku..Kena buat entry khas untuk kakjah..hehe. Okay berbalik pasal IPG, aku apply kos Bahasa Arab..Alhamdulillah aku dapat temduga UKCG , lepas tu IVpulak,,Kedua-duanya dekat IPDA..Seriously aku rasa aku dah perform yang terbaik masa UKCG dan IV tu tapi malangnya waktu keputusan IPG keluar iaitu pada tarikh 29 Mei 2015, aku tak dapat :'( .Aku macam x percaya ja.Tapi bila fikir balik, mungkin UIA terbaik untuk aku, Aku menangis semahunya sebab aku berharap dekat IPG ni.
Waktu tu, minggu depannya aku kena daftar UIA untuk sem 1 tahun kedua iaitu sem terakhir aku di asasi UIA. Commony we called CFS IIUM. Okay sedih balik..haha..Merapu pikah..ayoyo,,Seriously aku cakap lepas aku tak dapat IPG tu aku cakap kat diri aku yang aku benci IPG. Aku rasa mcm truk sangat IPG menolak aku, Dua kali aku mintak IPG ni even aku sayang sangat UIA. Aku mintak IPG pun sebab kak ngn mak aku nak sangat aku masuk IPG sebabnya degree tak kena ptptn, dapat biasiswa penuh.
Hmm, malangnya tak dapat. Aku dah tutup hatiku buat IPG. Kawan-kawan aku semua yang tak dapat nak lagi minta next year. Aku memang dah tawar hati.Seriously aku cakap, TAPI, sungguh indah ketentuan ILAHI apabila pada HARI LAHIR AKU 30 JUN 2015, Hadiah paling aku tak boleh nak lupa... :'( antara sedih dan gembira, aku keliru. Aku nak sedih atau nak happy masa tu. Aku dapat IPG. Ni lah benda yang buat aku sesak nafas bila tengok, Dapat dekat IPDA,Jitra. MasyaAllah sungguh aku tak sangka. Dekat sangat dengan rumah. Berdebar sangat hati aku tengok IPDA tu, sebab dia disitu. Aku bingung saat itu, Takot jugak orang kata aku ikut dia, Hati aku menjerit " Kenapa perlu IPDA!!! banyak lagi IPG lain"
Sebenarnya aku takmau IPG dengan dia sebab aku akan rasa tak bebas even hakikatnya aku perlu bahagia. Dulu waktu dia pindah dari UIA pada 20/6/2014 aku sedih sangat. Rasa kecewa sangat ditinggalkan, Sekarang Allah dah bagi duduk satu IPG, aku pulak rasa takmau. Tapi lepas istikharah semua, aku putuskan untuk pindah. Aku daftar IPG pada 6/7 , tarikh yang sangat cantik, sebab aku daftar sem satu pada 7/6.. Sungguh aku katakan yang perancangan Allah itu sangat cantik.Hampir 2 bulan dah aku kat IPDA.
Alhamdulillah aku bahagia disini..hm, Sepanjang setahun sebulan kat CFS IIUM tu, banyak benda aku belajaq.. Macam2 pengalaman aku lalui. Dan kini aku bertekad InSyaAllah, jika diberi kkuatan aku nak smbg master kat UIA. U idaman aku sejak dulu lagi.. Dan sekarang aku harap aku boleh fokus kt sini.. aku tak mau pandang belakang lagi dah..Aku rasa entry aku setakat ini sahaja,,lepas ni aku nak share pemandangan kat UIA Gombak. Cantik sangat. :) Rindu..
![]() |
| Result :'( |

No comments:
Post a Comment